Rabu, 23 September 2009

Lebaran kali ini


Lebaran kali ini....

Aku bersyukur pada yg Esa,
Die memberi keizinan untuk ku bersua
bersama bersama keluarga tercinta,
sanak saudar nun jauh di sana
turun pulang meraikan bersama.

Aku tersenyum girang...
ayah dan bonda menyambut ku pulang..
terukir senyuman dengan hati yg riang...
sungguh syahdu mataku memandang
wajah mereka yang tidak pernah hilang
dari sekeping hatiku yang usang...

Lebaran kali ini..

ku menadahkan doa,

agar diteguhkan jalinan yang telah tercipta,
jangan biarkan hati kami terus diduga,
kerana kasih kami hanya kami yg merasa,
kerana ujian yg menanti belum tentu kami terdaya
tempuhi segalanya bersama...

Lebaran kali ini....
benar..sungguh bermakna buatku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan